your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

Result Espiyem!

السلام عليكم

HELLO GUYS!!! Ehehehe last week saya dah dapat result SPM saya! Seriously cuak gila ah time tunggu tu. Sepatutnya result umum pukul 10 but then pukul 12 baru cikgu start umum result. Parents aku tak ikut ambik result, sebab...... aku tak bagi. lol kalau result mengecewakan kesian la diorang terkesima mendapat berita buruk sangat direct. kalau aku bagitau sendiri result aku kt parents aku, kalau teruk, boleh la aku bagi ayat penenang sikit en hahahahaha. tapi alhamdulillah, parents aku happy dgn result aku. yayyerz!

So me & Syamim both dapat 6A's awww bff gituw semua nak sama hahaha. Masa nama Syamim kena panggil aku dgn kawan-kawan aku jangan cakap ah en jerit macam apatah excited gila. Mim cam nak nangis je masa tu wakaka tapi tak nangis pun. Nangis dalam hati lettew. Time dia call Bonda & Ayah dia baru dia nangis uhuk uhuk. Aku? Sampai ke sudah tak nangis. Macam heartless en, yelah aku dah serahkan hati aku dekat Bruno, sekarang dah takde hati dah dalam tubuhku ini.

Oh and yang paling aku happy kan...... Add Maths aku dapat A- wei *jerit macam histeria* tak sangka do serious rasa nak peluk Puan Rosyidah sampai dia lemas time tu tapi dia dah masuk kelas balik ajar dak-dak. Alaaaa teacher, nak peloxx :(( lulz. memang ah argghhhh berbaloi ah rasanya aku tension-tension sampai demam everytime exam add maths. Alhamdulillah. Thanks to Nurin & Wann, diorang banyak ajar aku add maths. Nanti nak belanja diorang la ehehehehe thanks tau korang!!! (insert heart shape) lol

Keputusan keseluruhan aku..............................

3A+ 2A 1A- 1B+ 1B 1C+

A+ tu BM, BI & Maths.
A tu Agama & Sejarah (tak sangka sejarah aku A wakaka)
A- tu Add Maths.
B+ tu Biology (boleh jadi doctor tak cenggini?)
B tu Physics (sorry Teacher Zalina)
C+ TU CHEMISTRY HUWAHH C FOR CHEMISTRY. BENCI CHEMISTRY.

Adik-adik, belajar chemistry elok-elok ye.

Dan sekarang saya sedang menunggu orang masuk meminang. Hahahahahaha maksud saya, menunggu tawaran dari universiti utk sambung belajar hahahaha sorry sikit eh aku nak study dulu baru kawin. ceyy poyo betei.

Dan guess what?!?!?! Samim drive kitorang gi sekolah masa ambik result tu!! Cewah macam orang bujang. Bujang ok bukan janda seperti yg dituduh oleh Ijat tempoh hari (dia cakap Samim, aku, Najwa, Zati & Fatin "5 Janda". pui)


Begitulah seronoknya.

Pastu en aku terjumpa status Fatin kutuk kami secara senyap!!!!!!!!!!

Kalau aku je mesti annoying. Salah aku ke aku ni annoying?!?! Ye memang salah aku. Ini tidak adil tidak adil bagikuuu :(( *unfriend Fatin* tipu je mana boleh unfriend nanti jatuh talak sebagai sahabat. huh? hambar.

Btw, congrats kepada kawan-kawan saya yang lain. Berbaloi sangat usaha kita selama ni kan kan weh kan?!?!?! Hopefully masa depan kita cerah, cerah bak kulit Lisa Surihani dalam iklan Garnier tu wahwahwah.

Oh dan ye saya dah ada Instagram!!!!!!!! Setelah sekian lama Kakbie memaksa aku create Instagram acc. Berjaya juga. Tahniah kepada saya. Follow kalau comel. Kalau comel lah, kalau tak comel pun follow jugak.

OK BYE NAK MAKAN.

Lots of , Affat.

Home Home Home