your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

Nasib seorang penganggur.

السلام عليكم


Hello mellow marshmallow.

Seperti yang anda semua maklum, Paramore nak datang Keyel woi! Tapi cam biasa ah, penganggur cam aku mana dapat pergi. Sedih. Nak jumpa Hayleyyyyyyyyyyyyy argh sedih ah camni. Demi Lovato pun nak datang Keyel gak en, um takpe la Demi, bukan saya taknak berkorban demi Demi, tapi-- saya pokai. Lainlah kalau awak nak bagi saya free tix lol ok bye.

Btw kakak aku ngandung, dah full term dah. Tunggu masa je baby nak keluar, keluar la cepat baby meh jumpa Achu meh!! Achu baik tau, pandai buat milo. Tapi kena tunggu lagi 2 tahun la baru boleh minum milo hahahaha ugh yang penting baby keluar cepat tau?! Mesti comel en muka baby, alololo baby girl ke boy? Girl en? Nama Amirah kan? Boleh la Achu panggil "Rara" nanti takpun "Mir" fuh cool gila Mir, k-pop gitu. Lulz

Harap-harap Allah permudahkan urusan kakak aku time melahirkan anak dia, semoga ibu & anak selamat. Amin!! Ibu & anak, macam ubat batuk cap ibu & anak la bunyi. Wakaka

Disebabkan aku tengah free (bukan percuma) memandangkan aku tengah cuti ni, so aku la yg akan selalu mengadap muka bakal-niece aku ni nanti. Harap dia tak bosan tengok muka aku hari-hari. Hahahahahaha. Aku kena babysit Aisyah la nampaknya, yay makin sayang la dia kat aku nanti mwahaha. Tapi kalau dia mintak aku masakkan dia dayyum that's a big problem man. Nampaknya aku kena beli stok chocolate bebanyak, Kit Kat & Toblerone & Skittles kena sentiasa ada dalam fridge. Untuk mengelakkan aku daripada terpaksa masak sesuatu yg kemungkinan besar tak selamat untuk dimakan. Over kan aku. Redha jela.

Oh yeah semenjak dua menjak tiga menjak ni aku banyak dengar lagu The Script je. Kakak aku ah bluetooth lagu Breakeven kt hp aku, takleh stop dengar. How could you sista. Nasib baik dah habis sekolah. Kalau tak, failed add maths asyik dengar lagu je. Pheww. And kebanyakan lagu The Script ni aku cam pernah dengar tapi taktau sape penyanyi dia. So everytime dengar lagu The Script aku cam "eh lagu ni ah!!!" "oh ni lagu The Script ke?!" "lerrr lagu ni selalu gila dengar, taktau pulak ni lagu The Script"

how pathetic. hidup aku memang lame.

cakap pasal lame, haritu aku kemain lagi ngamuk mencen mencen Bruno kt Twitter tanya mv When I Was Your Man bila nak keluar, sekali Puravina bagitau dah lama keluar mv tu. Okay. Mesti kau cam "ek eleh kata hooligan!" kat aku en sekarang ala maafkan la aku, aku dah lama tak bukak Youtube. Sedih tau. mv pape baru pun aku tengok kt Hitz/MTV channel je. Kasihanilah aku. Sobs.

Banyak gak aku merepek memalam buta ni. Um, apa lagi aku nak cakap tadi eh?

Oh ye, Setia Hujung Nyawa dah habis. Mak aku cam "alaaa cite tu dah habis alaaa alaaa" aw berjiwa remaja la mak ai ni. Tah-tah mak aku dah minat k-pop sekarang sebab dipengaruhi oleh cite tu. Harap-harap mak aku bukan Kpopper. Wakaka tak lawak ah fat. Tau pun tak lawak. Sebenarnya dalam cite tu aku rasa Iqram lagi comel daripada Zain tu. Huhuhuhu hahaha Iqram cam sweet-sweet je en, time dia nangis pasal L tu phewittt macho gila!! Selalunya lelaki nangis ni aku panggil lembik, but oh well Iqram is the only exception. Hahaha

Yay sekarang dah pukul 2:35 a.m., mari kita tidur. Bantal, i'm coming for you!! Gedik.

p/s: Apa maksud "p/s" ni sebenarnya eh? Aku main guna je p/s ni tapi taktau pun maksud dia apa. Burp. Oh aku makan nasi 4 pinggan harini, sebab mak aku masak sedap gila. Trimas Mama sebab membuncitkan perut Affat yang dah sedia buncit ni. Hiks!!

Adios.

Lots of , Affat.

Home Home Home