your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

Empitri & Taeyang's hairstyles.

Assalamualaikum semua.

Sebagai penganggur terhormat, kehidupan saya kini amat membosankan sekali. Mujurlah ada empitri saya, saya dengar lagu je yay hilang juga kebosanan saya akhirnya! Terima kasih empitri.

Wakaka macam promoter do. Haizz kalau ada manager kedai memana baca blog aku ni ada harapan ambik aku jadi promoter ni. Ambiklah saya sebagai pekerja anda, saya manusia paling rajin dalam dunia.

Um, mepeksz je kejew. Sebenarnya semenjak dua menjak tiga menjak ni aku tak contact sesape pun. Bukanlah takde langsung, Mimim texting jugak ah kekadang, Najwa haritu dia call aku huhuhu sweet kan dia. Pastu kadang-kadang ada la juga orang hantar MMS comel-comel. Sape? Ala you-know-who, sape lagi yg rajin hantar MMS comel-comel kalau bukan Hotlink. Pastu kalau aku on Whatsapp ada la jugak borak en tapi aku malas nak on Mobile Internet. So... Hidup saya sekarang ni seperti katak bawah tempurung. Eh tak, kera sumbang kot. Eh, entahlah. Aku pun taktau peribahasa apa yang sesuai hahaha

Btw, semalam & harini aku rerajin la download lagu kan, um aku download beberapa lagu Cobra Starship. Aku suka lagu diorang -___- Disebabkan lyrics dia ala tau-tau jelah kan, Cobra Starship mestilah "camtu" kan.. So em aku rasa bersalah sebab suka lagu diorang -__- hahahaha

Pastu kan, aku download jugak lagu Colton Dixon. Yup mamat hensem-nak-mampus tu. Dahlah hensem nak mampus, suara sedap pulak tu. Dia rocker tapi suara lembut kahkahkah comel gila lagu dia. Omomo. Jemput dengar lagu dia, Never Gone. Sweet do lagu ni, kalau kau tengah gaduh dengan bf/gf kau cuba bagi lagu ni, confirm cair.

Psst, nak tau tak... Tadi kan aku search la gambar Taeyang. Tapi aku nak gambar dia masa rambut panjang, aku search la "taeyang long hair" pastu keluar gambar dia rambut dread-lock. Comel la juga, hahahaha tapi yg takleh blah nya blog yg ada gambar dia tu "7 idols with the worst hairstyle in KPOP history" hahahahahahahahaha wei kesian Taeyang aku tau. Kejam blogger tu. Okay apa rambut dia... pastu aku scroll la lagi, ada gambar dia rambut afro, curly, rambut budak sekolah, semua ada. Hahahahaha pastu aku macam redha je lah dia tersenarai 7 idols bla bla bla tu kan, sebab memang layak kot? Hahahaha lagi-lagi rambut dia masa mv Monster, yg macam Mickey mouse tu. Tau dop yg mana? Meh sini kawe tepek ko belog kawe ni.

Hahahahahahaha comel en?! Bukan aku yg edit ok... Hahahahaha

Ni macam... orang homeless. Wakaka comel la tapi. hahaha

Ini pun... Ehem, comel jugak sebenarnya rambut camni. Hehehe

Ni comel jugak en? Romantic gitu. Huhuhuhuhu hahaha

COMEL KAN.

Last but not least... my fav.
Rambut style macam samurai.
Macho gila.
Yayang, buat rambut camni balik plis? PLIS.
Ok taknak sudah.
Mohawk tu pun ok sebenarnya um tapi ni lagi macho -__-

Mwahahahaha hensem gila rambut samurai tu wei argh aku rasa nak paksa someone buat rambut camtu sekarang ni, machonyaaa.

Sebelum mengundurkan diri, saya mintak maaf sebab banyak sangat perkataan "comel" dalam entry kali ni. Ampun tuanku. Saya bukan fangirling ye, saya cuma bagi info pasal sejarah rambut Yayang saya je wakaka.

Hmm fine maybe fangirling sikit la whatever okay bye assalamualaikum. Heh.

p/s: Sejak kebelakangan ni aku susah nak tidur. Insomnia kot -__- Kasihanilah aku. Sebagai tanda belas kasihan anda, anda boleh membuat sumbangan, bank-in dalam account saya occay? Wakaka trick penganggur nak duit hahahaha sadis, bye sekali lagi. 

Lots of , Affat.

Home Home Home