your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

K-pop fever.

Assalamualaikum. Hello semua.

Sekarang kan kan K-pop fever is invading the world! Ku fikirkan ku tidak akan terjebak hahahahaha no no no tidak sama sekali, aku juga telah diheret ke dalam k-pop world ini. Tapi kan. Aku macam kurang suka sikit la group yang macam jambu jambu ni hahahaha kalau Big Bang, 2PM, Beast semua tu aku boleh terima lagilah. No offense.

Nilah Big Bang! Yang tengah tu kan yang comel tu kan, tulah Taeyang ;)
Memandangkan isu k-pop ni macam dah banyak orang cakap pasal benda ni (ada yang suka ada yang kutuk) aku rasa macam hak masing-masing lah nak suka apa pun. Kalau engkau cakap kita kena support local band camtu, (Bunkface jangan terasa hahaha) habistu kau support ke M-POP semua tu? AWAL-AWAL AKU CAKAP, AKU TAK RELA M-POP MEWAKILI MALAYSIA DI MATA DUNIA. So, sukati lah nak suka apa pun. Takyah kot nak kutuk-kutuk orang yang suka tu orang yang suka ni. Kita kan 1 Malaysia, walaupun ada yang suka K-pop ada yang suka M-pop kita tetap rakyat Malaysia *muka suci* Heh. Tapi aku rasa kalau nak tarik orang minat local artist pun, takyah la sampai nak buat M-pop (Malaysia Pop) macam tak cool je tiru K-pop. Ada jugak apa local artist yang gempak, cam Bedroom Sanctuary tu. Best apa band tu! Lagu dia yang tajuk Lagu tu hahahaha best gila okay hari-hari aku dengar. So apahal pulak eh ada isu support local artist ni -__-

NI PULAK M-POP HAHAHAHAHAHAHAHAHA
OMG HAHAHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHA
HAHAHA
PFFT.
Aku bukan nak ceramah pape atau promote K-pop. Sebenarnya aku nak cite pasal MAMA haritu -_- Memandangkan aku bukan one of the Kpoppers (bukan ye, bukan) aku tak tengok MAMA sebab aku rasa Maharaja Lawak Mega lagi penting. (Jambu & Jozan ftw!!) jadi aku hanya tengok part Big Bang perform je. Mana boleh terlepas woi nanti Taeyang merajuk susah nak pujuk ;) Selebihnya aku tak tengok pun award apa semua tu, sebab dahlah tak faham lepastu tak kenal pulak tu. Jadi daripada aku membazir masa cam "Eh ni sape?! *call Syamim tanya*" hahahahaha tidak itu tipu je. Yelah aku malaslah nak tengok performance artist yang aku tak kenal, kang tambah dosa aku je kutuk diorang apa semua. Dahlah aku ni tengok lelaki pakai baju feminine sikit terus  nak "iyekk pondan" "eww tak macho nya" jadi lebih baik jika aku tengok abang-abang Big Bang yang macho tu punya performance je. Kehkeh.

Mama ku yang tersayang juga telah terjebak dalam gaung K-pop ni hahahaha. Actually memang dari dulu dia suka tengok K-Drama, masa tu aku kecik lagi. Tapi yang aku ingat mak & kakak-kakak aku tengok Winter Sonata sampai nangis-nangis. Pastu cite Full House pun mak aku layan gak rasanya. Tapi aku lambat mendapat pengaruh K-pop ni, mak aku kedekut nak kasi pengaruh K-pop kat aku hahaha dia simpan pengaruh tu sorang je, mana aci. Kesian aku dah Form 2 baru tau pasal Big Bang. Hina sangat rasanya.

Haritu Big Bang concert aku tak gi. Sebab... Hm sedih nak bagitau. Aku ni jenis yang takut nak gi concert sebab macam ramai orang aku tak kenal dalam crowd tu hahahaha ye aku ada masalah ber-sosial. Kawan aku pun tak ramai kalau korang semua nak tau. Kalau nak tau lah. Taknak tau sudah.

So concert tu kawan aku dua orang je pergi. Ijat dengan Syamie, dengan adik Ijat sekali. Diorang kata Taeyang paling banyak berpeluh hahahahahahahaha (aku tak tanya k, diorang yang bagitau aku) tapi masa tu dah nak SPM kan so aku tak search pun video concert diorang tu kt Youtube. pastu sekarang pulak aku malas nak Youtube-ing sebab dah lama sangat tinggalkan aktiviti tu, sejak Form 4 lagi. Hebat kan aku. So dah habis SPM sekarang ni pun aku malas nak bukak Youtube dan search pape.

OH YE! HAMPIR TERLUPA. Walaupun aku dah lama blogging tapi aku baru terjumpa blog lawak gila ni hahahahaha ini dia, The Other Khairul. Hahahahahaha lawak siot blog ni dan juga comel lah sikit, entry dia semua cam ngengade tapi best gila. Sebenarnya dulu aku pernah baca entry pasal surat untuk future wife(s) tu hahahaha sweet gila. Tapi aku takde la godek blog ni gila-gila. Tapi semalam aku baca blog ni sampai pukul 3 pagi woi yelah baca sikit gelak baca sikit gelak memang lamalah nak habis baca satu entry tu. Tabik ah kat bro ni, awesome gila!

Ok dah aku nak sambung tengok tv. Cite semua tak best tapi layan jelah. Bye!

p/s: Maaf jika ada yang terasa, aku just share pendapat. Dan jangan cop aku Kpopper pulak wei, aku belum layak lagi. Dan pasal M-pop tu... Sorry kutuk M-pop. Tapi memang diorang tak cool pun kehkehkeh.


Lots of , Affat.

Home Home Home