your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

Hi, saya lepasan SPM. Merdeka!

muahahahahaha merdekaaaaaaaaaaa. ahh rindunya kt blog ni wuwuuu bape bulan tak update, semua pasal spm. spm dah habis so partayy la haha oh yeah!

rata-rata semua kertas SUSAH. benda senang pun aku rasa susah. aku paling rasa down gila kalau kawan-kawan semua kata paper tu senang, padahal aku rasa separuh mati jawab paper tu. confidence level aku terjun bangunan terus hahaha. tapi ugh biarlah, cuti ni enjoy je la malas nak fikir pasal result. bulan 3 baru dapat result, sia-sia la masa 3 bulan tak enjoy sebaik mungkin kalau asyik risau pasal result je lol dengar nasihat makcik ni, ENJOY SEHABIS MUNGKIN SEMENTARA BOLEH. masuk U nanti dah kena study balik kan. hehe.

so tadi last day jumpa classmates dekat sekolah pakai baju sekolah. lepas ni pun jumpa kt luar je, manada lepak kat tangga ramai-ramai dah hmm. aku happy dah habis sekolah. tapi rasanya ramai kawan aku yg takkan jumpa aku masa cuti ni. masing-masing busy, sedihnya. takpelah Twitter kan ada ececeh.

last paper Bio, susah gila! gila ok gila. tapi macam hmm Lee Guang Zher bagi aku inspirasi dow masa jawab, kehkeh. comel betul dia tu. tadi last time jumpa dia, tak sempat cakap bye. sedih tau?! takpelah nanti nak ajak dia dating la ekeke birthday dia pun dah dekat, apa lagi nak belikan dia present ah kehkeh. berbalik kepada spm, before paper 3 ada gap lama. so kitorang lepak kt surau, and solat Zuhur jemaah  rasa macam aaa taknak berpisah dgn kawan-kawan. selain family, diorang la orang paling rapat dengan aku, masa aku sedih diorang yg happy-kan aku balik. lepas ni kalau aku sedih terpaksa la aku happy-kan diri sendiri. sobs. haha

cuti ni, taktau nak buat apa. kalau nak kerja, kesian la bapak ai Uncle Hassim kena hantar aku pi kerja pulak, so aku jadi surirumah sepenuh masa je la. tolong mak aku buat kerja rumah, belajar masak. maklumlah umur dah 17++ tapi tak reti goreng telur lagi. persetan semua tu, masa bulan 12 nanti aku dah boleh jadi masterchef k. percayalah. mesti aku otai masak nanti muahahahaha.

jadi.. harap result aku & kawan-kawan aku membanggakan. harap kitorang dapat capai cita-cita kitorang. aku nak jadi architect, Najwa pun sama, Nurin nak jadi accountant, dah tu je yg aku tau nak jadi apa dah besar nanti haha. yg lain pun sama, harap kita semua dapat straight A's woohooo syok gila woi kalau ramai-ramai dapat straight A's mesti cikgu semua sayang batch kita. kekeke.

(Ayie rambut baru tadi, macam rempit. tapi tetibe nyanyi "Baby don't leave me, I know you still love me~~~ *pegang rambut*" OMG KAU REMPIT TAU, BUKAN TAE YANG! sila faham!)

Lots of , Affat.

Home Home Home