your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

arwah baik binatangnya.

Hi semua. rabbit saya dah mati. Wazzabiiiiiiiii why did you leave me?! sampai hati kau kan. eeee kalau ikutkan hati memang aku nak gali je balik tempat aku tanam kau tu simpan bangkai kau dalam almari aku tapi takut pulak orang report kat polis aku simpan mayat dalam rumah hmmm haha emosi gila wei apahal. dahlah Fat, dia bukannya baca pun blog kau ni hahahaha.

hmp. nah ni aku tepek sikit gambar Wazzabi.


Tak sampai setahun pun aku jaga kau, kau dah tinggalkan aku eh? Rabbit tak kenang budi. hmm sorry tak jaga kau elok-elok, sampai kau sakit. sorry selalu lupa bagi kau makan & minum. sorry aku selalu buli kau. sorry aku jarang main dengan kau masa aku tengah SPM. sorry selalu tak ambik kisah pasal kau. sorry bro (wazzabi ni jantan) oh and lagi satu sorry tak belikan kau rabbit betina nak jadikan girlfriend kau, mesti kau lonely kan takde awek sampai mati. haha sorry ok. benda ni cam lawak tau tapi aku tgh melalak sambil type ni. weehuu ~_~

tapi takpe. aku dah buat something spesel.


Tadaa! Aku lukis muka kau yg comel sangat tu dalam sketchbook aku hehehe. so aku boleh la tengok muka kau bila-bila je aku nak hohohoho power tak? power kan :P heheh.

banyak sebenarnya kenangan aku dengan kau. especially "kenangan" yang kau tinggalkan kat aku. contoh? haritu kau gigit tangan aku, sampai sekarang ada kesan lagi. fuuuh hebak ah, gigi apa kau ni. gambar kau pun ada banyak gila dalam camera aku. nanti aku print & frame, gantung kt dalam bilik aku ok? hoho.

RIP Wazzabi, malam ni please-lah masuk dalam mimpi aku. kalau tak, aku bunuh kau! (walaupun kau mmg dah mati)

p/s: aku sedih macam tak sedih je kan? haha, padahal dah 8 baldi nangis xD

Lots of , Affat.

Home Home Home