your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

SPM? 101 Days to Go!!

Hello mallow marshmallow! Astaghfirullahalazim, kita umat Islam mestilah mengucapkan salam lebih afdal, Assalamualaikum :) (sejuk hati mak mertua baca huhuhu) Omg berhabuk gila blog aku ni macam tak bertuan. Biasalah tuan pemalas apakan daya huhuhu sorry bloggie saya tak dapat beri awak nafkah yg sepatutnya eh eh eh nafkah apa pulak ni. Oh yes tajuk Form 5 Pendidikan Islam banyak gila bab kawin ah pening kepala aku nak faham semuanya. Lepastu masa belajar bab kawin dalam kelas sumpah segan dengan bebudak kelas aku yg otak tahap kesucian gred C, memang kalau boleh bab kawin tu belajar dgn perempuan je takyah budak lelaki pun takpe. Bwek.

By the wayyyy saya telah menangis oh no meraung last Friday. Last Friday night~~~ no, last Friday morning. sebelum pergi sekolah. macam ni cerita dia... aku tengah siap-siap nak pergi sekolah masa tu, ada Report Card Signing Day. tetibe mak aku cakap kat aku, rabbit kakak aku sakit. okay takpe lagi memang budak tu lemah pun eh i mean memang rabbit tu lemah pun. dia mcm cacat sikit hahahaha sorry to say, telinga dia pendek sebelah. tapi manja gila okay, pegang dia lama-lama pun tak cakar. jangan si Wazzabi tu, baru pegang perut sikit dah gigit tangan aku. berbalik kepada rabbit telinga senget, (dia takde nama haha) aku check ah dia lepas dah pakai baju semua tu, dia dah terbaring dah, takleh bangun dah. okay boleh tahan lagi, mata aku boleh tahan banjir lagi. bila aku suap dia air, dia cam meronta-ronta.... masa tu aku pun apa lagi, melalak meraung apa lagi kau nak semua ada. takleh nak cite ah cemana kesian en weh tu baru rabbit kalau budak kecik cemana ah aku nangis, mungkin banjir satu Batang Kali. pastu blablabla with the rabbit, mak aku bawak dia sekali masa hantar aku pi sekolah, dia mati masa dalam kereta :( jangan nangis fat. jangan. 

ok tak nangis pun boo. and lepas rabbit tu mati, my Wazzabi mcm forever alone je dah takde kawan. aku pulak busy tengah exam ni, cian Wazzabi itew. haritu dia sakit, dekat hidung dia ada macam luka camtu tapi luka tu besar gila sampai hidung dia dah rupa belalai gajah hahahahaha sumpah lawak. 

yeah itulah cerita sedih saya. sedih en, boleh buat novel pastu drama cam cinta Ombak Rindu, aku boleh letak tajuk cerita aku ni Ombak Rabbit. tak lawak langsung doh bye. 

SPM - 101 days to go. I should start studying and make friends with my books :)
Wish me luck for SPM, doakan saya dapat 9A+ :D Amin!!

Lots of , Affat.

Home Home Home