your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

Sijil Paling Memeningkan.

Calon SPM 2012. Itulah saya. Confused ok nak ambik additional subject ke tak. Hmm, I have 2 choices - P.Seni or Tasawwur Islam. But these subjects kena ambik:

1) B. Melayu
2) English
3) Mathematics
4) Sejarah
5) P. Islam
6) Add Maths
7) Physics
8) Chemistry
9) BIOL-ogy

Biol aku nak fikir. I was planning to take Tasawwur Islam with Syamim, Ainina, Izzati, Afiqah, Hanim, Fatin, Hafizi. Tapi once aku bukak buku Tasawwur tu, otak aku terus cam hasut aku "woi woi jangan ambik woi banyak kena baca woi" padahal benda tu fikir logic je pun boleh. Aku pun pelik kenapa otak aku taknak kasi ambik. Rupanya... Tasawwur hari ke 2 & 3 SPM. Kepala hotak, masa tu ah aku tgh pening pasal subjects lain. So cancel, tak jadi ambik.

Pastu kena hasutan Puan Raudah hahaha. Dia kata kalau nak ambik Architecture better ambik P. Seni, SANGAT MEMBANTU katanya. Pastu aku pun semangat lebih ah nak ambik P. Seni en. Azhar & Najwa pun ambik P. Seni, so aku rasa macam ok je la aku ambik. Najwa dah siap bagi list barang apa yang kena beli, kerja kursus dia best woi. Cat kasut, theme = hidupan marine. Aku excited gila-gila punya excited gilaaa ah nampak kerja kursus camtu en. Pastu tadi hasrat aku terbantut lagi terketot nak ambik P. Seni. Semua cam tak setuju aku ambik haha.

Mama: Awak kena belajar balik F4 punya teknik lukisan semua.
Dada: Kalau awak rasa awak boleh ambik, ambik lah. (tak membantu ok haha)
Kakbie: Awak sure ke? Nanti folio mcm mana? Sempat? kalau awak nak ambik boleh tapi kena kurangkan tidur. (jangan harap)
Syamim: Kau jangan tanya orang, kau kena buat keputusan sendiri! (potassium)
Dodo: Kau tak sesuai ah, kau tak berseni. Muka pun tak berseni! (Ini babun)
Ayie: Wehhh jangan weh! Nanti kena buat logo untuk kilang, merepek gila! (baik, Zuhai.)
Nurin: Aku tau kau suka melukis, tapi lukisan kau sesuai untuk komik, bukan paper Seni.
Najwa: Kau termakan hasutan Puan Raudah en?! Haha kalau kau taknak takyah la ambik.
Zharif: Takyah ambik. Kau reti ke teknik lukisan semua? Reti? Ok kalau aku suruh kau lukis guna teknik garisan skrg, kau reti? Reti?!

Omg garang gila takut mak, nyah. Zharif punya respond tu yang paling effective. Lepas fikir balik, rasanya apa yang dia cakap tu paling betul antara semua tu. Trimas Zharif, jaga Maz elok-elok okay. Lol

SOOO AKU TAK AMBIK MATA PELAJARAN TAMBAHAN. Sila tepuk dahi ramai-ramai!

Btw, aku nak tunjuk hasil karya aku ni hahahahehehehehihihihuhuhuhuhohohoho. Ye, aku nak jadi cartoonist/graphic designer/photographer tapi dihalang oleh mak aku T___T Jadi berangan jelah aku hari-hari, melukis pastu snap gambar sketch tu. Sad life. Jemput tengok~~~



Uuuuu ada bakat tak ada bakat tak nak jadi cartoonist macam Ben? Ada tak ada tak? Jangan perasan Fat.

Oh ye, sila panggil Ayie atau nama penuhnya AQMAL ZUHAIRIE BIN HANI ROS - ZUHAI. Panggil dia Zuhai panggil dia Zuhai! Penyakit kawan-kawan aku suka bagi nama baru kat orang, itu memang aktiviti utama kami. Bahan orang & bahan typo juga aktiviti kami kerana kami ini annoying. Biasa la kitorg ni kan Triple A- Annoying As Always. Hahaha, ok bye!

Hmmm, why do you have to be so fly Bruno?!

Lots of , Affat.

Home Home Home