your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

Rest In Peace.

Kau selalu teman aku. Kau selalu tolong aku. Dalam kelas, kau mesti ada dengan aku 24/7. Masa exam, kau selalu tolong bagi jawapan kat aku. Kau dah banyak sangat tolong aku. Aku takpercaya kau dah takboleh teman aku lagi. Aku dah terbiasa ah dalam kelas dengan kau je. Kalau kau takde sape nak teman aku? Hmmm, kau kata kau nak teman aku sampai bila-bila. Aku dah janji nak jaga kau sampai bila-bila tapi kenapa jadi camni? Kau saja en tengok aku sedih? Ni yang kau nak en? Sampai hati kau. Aku jaga kau selama ni elok je, camni kau balas. Kenapa jadi camni? Kenapa?! Kenapa... kenapa kau habis battery?!?! 

LOL, Sir, you have been trolled. Memang babun ah calculator aku ni pergi mati time-time camni. Time tuition add maths weh dia mati, cuba kau bayangkan cemana aku panic? Dah macam Panic! At The Disco tau. Eh tak tak, Panic! At The Tuition Centre. Cipan punya calculator. Nasib baik Ainina murah hati pinjamkan calculator dia masa tuition tu. Kira kitorang share la, sweet kan. Muahaha.

So today aku takde tuition! Yayyyy! Sepatutnya ada tuition Maths tapi aku tak ambik Maths. Sebab malas. Hehehahahihihohohuhuhekhekhukhuk. So happy la en bangun pukul 12 santai je macam anak lembu tunggu orang suap rumput. Ahh ni sudah lebih, aku tak makan rumput. Mak aku masak sodap tadi, sweet & sour fish. Whatthafish sumpah sedap gila piung piung Mama sila keep up masakan Mama yang thumbs up tu, Affat janji takkan bawak balik mamat yang macam dalam lagu Mama's Worst Nightmare tu lalala. Best woh lagu tu korang dah dengar belum? Pi dengar cepat, baru sambung baca entry ni. Taknak sudah, ada aku kisah. Hahaha k annoying

Oh oh oh ni nak habaq mai ni. Ingat tak ingat tak aku suka baca Le. Gardenie, comic by Ben tu? Alaa tak tau ke?


Maaf, kucing enter frame -_-

Best gila cerita ni. Cerita ni pasal ada dua kawan ni, Kiwi dengan Orange. Diorang cam best friends ah, rapat gila bebeh. Tapi Lemon tu, character dalam tu jugak jahat camsetan haha. Orange ni suka Apple, ada minah cun tu tapi Lemon tu nak Orange tu suka dia. Attention seeker! Boo. Semua character dalam cerita ni semua nama buah doh hahahaha ada satu part tu cikgu dia ambik kedatangan, nama-nama dia Cempedak ah Durian ah hahahaha Charmaine sekor tu je nama dia bukan nama buah haha.

Ni Ben.

Eh silapp.... Tu Ben10.

Ni Ben. Benny Wong.
Kenit je gambar dia. Pemalu lettew.
Bukan yang tua tu okay, Ben yang pakai specs yang hemsem tu.

Omomo omey en omey en? Hahaha comic dia perghh superb doh, Semua aku dah baca. Eh semua ke? Rasanya semua. Tapi tapi tapi kalau dia lukis perempuan memang sexayyy ah. Kalau nak baca tutup mata hahah cemana tu. Alah kau jangan ah tenung perempuan tu lama-lama en pandai-pandai ah en haha.

So, berbalik pada cerita tadi hamboi BM gred A hahahaha. Pui. Emm, dalam comic tu ada menatang ni haha *ehem* ada binatang ni *ehem* ada haiwan ni comel gila tau. Nama dia Charmaine. Dia ni Orange punya pet tapi dia bagi kat Kiwi masa diorang kecik. Comel gila weh cerita ni kalau nak datang ah baca kat rumah aku haha tapi yang buku first tu dah rabak ah. Aku repeat baca berapa kali tah sampai rabak. Obsesi haha obsesi. Ek eleh aku memang obsessed dengan comics pun, salah ke. Tengok tengok ni koleksi aku. Tadaaa!



Haha tapi aku share dengan Najibah ah, kakak aku. Aku punya kebanyakkannya yang cam action punya comics, kakak aku suka yang jiwang. Haha booo jiwang bawang.

Sakai, cerita tak habis lagi. Ha yang Charmaine tu, ini dia.


Comel kan? Ye comel. Dulu aku panggil best friend aku yang sekor tu Charmaine hahaha *cough* tapi sekarang tak lagi *cough* sebab dia dah tak kenal aku dah *cough* haha bodoh. Haritu masa hang out dengan kakak aku, aku terjumpa binatang ni. Memang comel sangat, sejibik dalam comic tu. Nak beli, tapi harga dia seribu lebih. Baik aku beli gadgets en dengan duit seribu lebih tu fuuuu banyak doh boleh beli. So tolak tepi ah, cancel nak beli. Buatnya aku takreti jaga, terlupa bagi makan ke pastu dia mati or hilang melayang duit seribu lebih tu ternganga ah aku kat situ en pastu sah-sah aku frust menonggeng sebab kehilangan seribu lebih camtu je. Sekelip mata je, haha tipu banyak kali dah aku kelip mata ni.

Ni dia Chinchilla. Chill la! Hahahahah


So begitu la ceritanya. Tapi kalau ada yang nak bagi surprise kat aku en hadiahkan binatang tu kat aku apa salahnya hehehehehehe. Ada tak? Takde? Takde eh? K. *tumbuk dinding*

Eh by the way, aku baru letak like box for entries. Terima kasih kepada Hazril Hafiz for the tuto. So, ehem like ah kalau like. Kalau tak like jangan like. Ohmygod bahasa Bangla kampung haha bye pakwe bye makwe.

Lots of , Affat.

Home Home Home