your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

yo friend.

Okay, I'm not sure aku layak panggil kau friend ke tak. Sebab, kau tahu lah kan. Kita kenal sejak akhir form2, aku sayang kau sangat. Kau dah macam abang aku, semua benda aku share dengan kau. Aku suka dia tu, aku suka mamat mana, semua aku bagitau kau. Aku selesa sangat dengan kau. Kau macam faham aku, reti layan aku macam mana, tahu apa yang aku rasa. Aku pun kenal kau jugakk weh, DULU lah. Sekarang? Perangai kau dah lain sangat. Aku harap gila kau jadi macam dulu balik, tapi macam biasalah, triple K. Kau Kisah Ke? Takk kan :) Ye, aku tahu kau tak kisah, sebab aku kenal kau, macam mana kau ubah perangai kau pun, aku faham kau wehhh.

Dulu, happy sedih semua tanggung sama-sama. Kau ada problem, aku sedih sekali dengan kau. Bila aku ada problem, kau always try nak buat aku gelak. Tu dah cukup buat aku happy masa tu, tahu kau peduli pasal aku. Sekarang, ada kau peduli? Tak kan derr? :)

Tapi aku tau, aku pun salah jugak kan? *ArgghhManaPergiEgoKauAffat?* Aku tahu, aku suka layan kau nak taknak. Kau tau tak kenapa? Sebab aku nak tengok, kau kisah tak kalau aku takde mood.

Aku suka bagi kau ayat menyakitkan hati, sebab aku nak tahu, kau tahan tak layan perangai taik aku ni.

Aku suka panggil kau macam-macam nama, nama yang tak berapa nak comel. Sebab? Aku nak kau terus terang dengan aku, kau tak suka aku panggil kau macamtu.

Kau tahu tak kenapa aku post macamni? Macam yang kau tahu, aku benci nak post benda emo-emo ni. Tapi, aku takboleh nak simpan benda ni sorang-sorang. Aku nak share dengan orang, without bagitau 'kau' sape. Memang, depan orang aku selalu cakap aku benci kau, aku tak suka kau, aku menyampah dengan kau. Bukan depan orang je, aku memang rasa macamtu. Tapi makin aku rasa macamtu, makin banyak kali aku fikir pasal kau. Makin banyak kali aku ternampak kau. Makin banyak kali aku teringat masa dulu, masa kau still 'kau' yang dulu. Aku tak suka rasa macamni, rasa serba salah.

So Bro, aku nak cakap sorry. Aku harap sangat kau baca ni. Okay bro? B-Y-E.

Lots of , Affat.

Home Home Home