your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

ini baru Hooligans!

Wehwehweh aku dah register kat website Bruno Mars! Haha bapak bangga dah jadi dia punya official fan. Cehceh. Smart jeee blog dia, background dia cam album Doo-Wops and Hooligans tu :D Ada jual baju polaroid doh, tapi orang US je boleh beli, sedih -..- *Mama, jom pindah US sekarang jgak! :D

Yeah bebeh! Siap ada gambar gua lagi haha, tengok tu dekat Favorite Songs tu, sampai tak muat aku type banyak sangat xD


Wish I was there :( Hensem gila Bru-Bru hihi. You rock man! Phewitt sikittt
tengok tengok comment kakak tuuu, "Doaku hari ini, semoga ada tiket Bruno Mars jatoh dari langit. Amin ("-_-) " haha comel betul! :D

Haa tengok ni, kepala hotak dia semua sold out. Tu lah B, jual ticket 100 lebih, memang ah cepat habis, tengok ni, I pun tak sempat beli :( Haha

Waaa memang bangga habis ah aku, korang pun pergi ah register doh, tak rugi punya :P

Eh eh harini saya tak pergi ke sekolah haha flu :'( Semalam tengah buat homework en tetibe ada cam setitik liquid jatuh kat atas buku maths, rupanya Pakcik Ngus haha. Teruk betul selsema aku. *jangan bagitahu puan Chen* Aku pun buat aa homework cepat-cepat, pastu hantar kat rumah Syamim mintak dia bagi kat Nurin. Hoho. Aku pula bersenang-lenang di rumah dengan hidung berhingus xD

Hye Cicak!

Semalam masa perhimpunan en, ada cicak usha tajam kat aku. Haha. Memula aku nampak budak-budak banjir tu jerit-jerit, cam "Eiii! Eiii!" sambil buat muka takut. Aku buat dek je ah dengar Raudah cakap apa en. Pastu tetibe semua cam "Affatttt! Belakang kau belakang kau!" Aku cam hah? kenapa? pastu nurin pun tunjuk ah kat aku Mr. Cicak tu. Bapak ah geli siot tengok muka dia, aku lagi rela tengok muka Sidiq the hensem boy daripada tengok muka cicak tu haha. *Sidiq sila buang janggut kau, geli* pastu aku pun cam "Shooo shooo!" camtu je lah en, takkan aku nak menangis kat situ. Pastu Nurin halau cicak tu guna kasut dia! Haha hebak mung Nurin. Pastu pengawas yang tak puas hati kat aku tu, dia ambek cicak tu guna tangan dia Euwhhh pengotor -.-" Geli aku -___-

Phobia - Balik tu, aku masuk dalam kereta. aku nampak benda cam gerak-gerak aw. Aku jerit ah en cakap kat bapak aku "Da, ada cicak!" "Mana?" "Bawah selipar Affat tu." Bapak aku pun check la en, sekali tengok takde pape. Haha Balik tu, aku duduk dalam bilik, nampak beg aku gerak-gerak. Aku jerit "Cicakkkk!" Mak aku datang tengok, rupanya beg tu kena kipas. Haha malu weh!

Puan tak tahu ke saya ni pendek?

Okay ini entry lepas geram. Cikgu kenapa buat saya macam ni? Budak lelaki kelas saya dah lah Green Hornet je semua, tinggi nak mampus. Apasal lah buat peraturan lelaki kena duduk depan? Saya duduk belakang sekali cikgu, jauh daripada kipas pulak tu, panassss. A few girls yang agak tinggi duduk depan pulak. Tak fair ah. Teacher pun, saya harap gila teacher yang susun, sebab kalau teacher susun adil ah sikit. Ni tak. Haih saya malas ah nak cakap apa-apa, nanti ada orang kata saya mengata dia pulak -___-

Teacher tolonglaaaa tukar balik tempat macam dulu, saya tak dengar ah apa cikgu cakap. Dulu saya duduk row kedua dari depan, saya focus lebih sikit ah. Ni belakang gila, macam mana ni teacher -,-"

Kalau saya mintak duduk depan sikit, mesti ada yang tak puas hati. Tapi masalahnya saya susah nak nampak, susah nak dengar. Saya pakai specs pun nampak tulisan teacher macam nyamuk je teacher, salin pun lembab. Tak selesa ah

Saya cadang kat teacher, tukar la tempat macam dulu. Baru adil :( Please teacher please, saya berharap gila teacher T___T

-.- Dah ah nak out, hingus meleleh :D Bye

Lots of , Affat.

Home Home Home