your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

happy new year - back to school!

Fuyoh fuyoh akhirnyo kawe dapat gok update blog kawe yang huduh cam tuan dio ni. Ngeh ngeh jangan sedih bloggie, saya masih sayang awak *muntahmuntah

Sekarang ni 2 January, rasanya tak terlambat kot nak wish Happy New Year? En en? So, HAPPY NEW YEAR GUYS! Sape yang birthday dia 1 January, wish ni sekali dengan birthday sekali la eh eh, two-in-one ekeke.

Sekolah, tempat yang aku rasa cam Playground hahaha. Tapi itu pun sebab ada kawan! Kalau takde kawan, school is hell kot Muahaha. Bukan apa weh, Dekat sekolah ah tempat kita nak ber-sosial en. Nak hang selalu, tak dapat la jepp. Mak aku kejar dengan penyapu buluh ah kan kalau hari-hari dok hangout. So dekat sekolah dapat ber-sosial dengan friends. Kalau takde kawan? Ber-sosial ah kau dengan cikgu Sejarah yang garang nak mampus tu, dia tanya kau soalan kau tak dapat jawab, mendapat rotan wahwah memang sodappp ah, padan muka kau sape suruh ber-sosial dengan dia. Haha

Actually aku suka kot sekolah, tapi kadang-kadang rasa cam nak bakar je sekolah aku yang tercinta tu hehe

I loike school:

1- Sebab dapat jumpa kawan, dapat main kejar-kejar lorh cam budak-budak. haha

2- Dekat rumah memang bosan habis wehhh, pergi sekolah kira cam melepaskan kebosanan yang terpendam di dada ah kan, fuhfuh memang bosan weh duduk rumah. Hoho

3- Kalau sekolah, sebelum turun kereta nak masuk pintu pagar yang dijaga oleh Pak Guard Zombie tu kita dapat apa from parents kita? *ciuman* Erkk, k tu kita dapat gak. Kurang tepat, hahah kita dapat kaching kaching duit la weh! Kalau tak sekolah kau dapat tak duit belanja? Tak kan tak kan? So itulah sebabnya aku rasa rugi kalau tak pergi sekolah haha

4-Kalau sekolah, boleh mintak macam-macam kat parents kita. Haha contohnya, "Mama, Affat nak beg baru boleh? Beg lama tu cam kecik sangat la, tak muat nak angkut buku-buku yang berat cam Shrek tu" "Oh yeke? Kesiannya, ok nanti kita pergi beli eh" Ha hambekkk kau, masa tu aku rasa cam "sekolah i love you sekolah i love you" ah kan haha

5- Pergi sekolah untuk belajar kan, so i loike school sebab dapat belajar new things kot. Tahun depan, Biology ada bedah katak tu en. K memang aku excited gila nak buat benda alah tu doh *siap kau katak muahaha

I hate school :

1- Cikgu ni kadang-kadang dia mengamuk tak bertempat, pastu kalau kelas bising bagi kerja bebanyak. Cikgu ingat saya takde kerja lain ke? Blogging ni kerja part-time saya tau haha

2- Ada je budak tak puas hati dengan kita. Schoolmate aku yang baca ni, kalau terasa pandai-pandai ah buat-buat tak terasa eh? Hah kalau dah namanya busybody, sanggup ni check blog aku hari-hari, takut aku cakap pasal dia kat blog aku. Go die ah loser :)

3- Pakai baju sekolah panas weh, hahah tak caye cuba kau pakai baju sekolah pastu kau bertafakur jap. Lima minit kemudian, kau rasa ah kehangatan yang amat sangat haha

4- Okay aku kan memang peminat setia Tropicana Life, japgi pergi sekolah enn, mesti ada yang sama beg dengan aku! Haihhh, bongokk betul, rasa cam nak jual balik je beg tu kat abang promoter Tropicana Life tu haha

5- Exams! Woish kalau setengah tahun tak buat exam tak sah dohhh, tak kesian ke kat kitorang kena ngadap buku 24/7? Genap setahun jadi nerdy ah aku O.O

6- Dekat padang sekolah tu ada longkang besar, aku pernah tersungkur kat situ *tapi takde orang nampak kot, fuh nasib baik* Haha fuhfuh memang fobia habis ah weh!

Ehem ehem, haha walaupun ada benda yang aku taksuka pasal sekolah, tapi school is fun! Happy Back-to-school wehhh, study smart! :D

p/s: ada tak budak form one yang masuk Syed Mashor tahun depan? Kalau ada, tegur-tegur lah eh. Haha :P

Lots of , Affat.

Home Home Home