your turn.


Hi, ng4h watp3r t3ww?

my first 2 months in keyempipi!

السلام عليكم

hellloooowwww semuersz peh lama gila orang rantauan penang ni tak update blog. maklumlah 2 bulan tak balik rumah, nak update blog guna wifi kt kmpp memang tak dapat ah hahaha. apa khabar orang kampung? raya tahun ni kt mana? kita raya dekat je sobs kampung pun kt gombak je haha memang kampung lah sangat. ehemsz. quib jom raya sesama tahun ni!

well, actually aku cuti ni bukan cuti raya pun. dah macam study week. habis je cuti, terus Ujian Pertengahan Semester. takpe dah biasa. masa trial tahun lepas pun masa raya gak kan eh takpe kitorang memang tak kisah nak korbankan raya, takpe takpe tak raya langsung pun takpe. silakan la buat exam masa raya lagi. sila.

amboi marah betei. takpe lah, demi 4 flat! akanku korbankan raya ku pada tahun ini demi 4 flat! haiyak haiyak!

so... sepanjang 2 bulan kt kmpp ni;

1. First time duduk kt hostel.
Ni first time aku duduk hostel. selama ni sekolah biasa je, semua parents uruskan. sekali masuk keyempipi hambik engko kena berdikari engko.

first time basuh baju sendiri - "lenguh gila tangan aaaa cemana mama boleh buat ni hari-hari?!" (padahal kt rumah guna washing machine je, kt keyempipi basuh manual okay)

first time urus makan minum sendiri - "ya Allah mahal gila makanan macam mana nak manage duit ni?!" (tulah dekat rumah sesedap perut je mintak nak makan memacam kt parents)

first time kena bangun sendiri - *set alaram setiap lima minit, dan snooze sampai tiga kali baru insaf nak bangun* (tulah masa kt rumah mama kejut sampai setengah jam baru bangun)

nampak tak betapa banyaknya benda baru untuk aku? tapi alhamdulillah, roommates aku & kawan-kawan aku kt sini semua stok kakak-kakak, bersedia memberi teguran dan bebelan bila perlu hiks. cayunk k0runk!!!

2. First time celebrate Father's Day tapi Dada jauh di mata. (tapi dekat di hati)
rasanya first week masuk kmpp dah Father's Day dah. sedih jangan cakap. dengan homesick lagi. wish Father's Day thru text je.

me: "happy father's day Dada, i love u!"
Dada: "THANK U I LOVE U TOO :)"

caps lock okay. tandanya rindu yang membara kot. so sweet. tapi watlek je, tak nangis pun ok hahahaha. the following week, family aku dtg kmpp bawak aku gi celebrate father's day. terubat rindu di hati cewah.

3. First time puasa jauh drpd family.
Ni tak rasa sangat. sebab time bulan ramadon banyak berbuka dengan kawan-kawan, paling tak pun dengan roommates. so takde ah forever alone sangat. kawan-kawan aku yang lain ramai jugak yang nangis mengenang nasib diri sebagai perantau di negeri orang menjalani ibadah puasa tanpa keluarga hahahaha ayat taknak kalah engko. tapi aku tak rasa sangat..... taktau nape. rasa macam family sentiasa dekat di hati kot? hekhek

4. Melawat rumah anak yatim Ummu Sofiah!
Whoaaa serious best gila ni. lawatan ni under kelab Jaktee, well aku bukan ahli kelab Jaktee sebenarnya saja je nyibuk ikut lulz. (jangan benci saya)

tapi lepas pergi sana, like seriously ada some kind of spirit baru sedang membara dalam diriku ini cewah. rasa macam, kalau aku nak suruh adik-adik kt situ belajar kuat-kuat, aku kena bagi contoh yang baik dulu. kebanyakan diorg drpd family susah, so education je yang boleh tolong diorg ubah nasib family diorg. so aku kena study hard, bagi contoh yg baik kt diorg, baru diorg ada semangat nak belajar leklok. gittew.

lagi satu, aku bersyukur gila sebab aku still ada parents. parents yang comel lagi caring pulak tu. dengar cite adik-adik kt situ, jauh beza life kitorang. and yet, dengan life yang macam tu; diorang tak mengeluh pun. aku? tiap saat mengeluh. (eh tipu je, tiap hari cukup ah lulz) and diorg walaupun lagi muda dari aku, pengalaman diorg lagi banyak drpd aku. kuat gila diorg, tabah gila. aku kena duga sikit je pun dah poyo hidup ni kejam la apa la. kesimpulannya...... bersyukur la oi.

ha kan dah keluar ceramah. peh boleh jadi Mummy kepada anak-anak dah ni. ahakz

5. FRIENDS.
hambik engko capital letters. kenapa capital letters? sebab friends kt kmpp best. like seriously, BEST.

they don't judge u by ur past. semua baru dekat situ. takde puak-puak. takde backstabbing. takde ngumpat. takde kes berebut boipren. no shit like "i don't like u so pls u're not allowed to walk in front of me" gitu. semua sama level. semua orang baru. takde orang lama, so takde orang baru kena tindas. aman. bahagia. selamat Tuhan kurniakan selamat Pulau Pinang.... (tetibe)

yang penting, kt sini semuanya caring. semua orang baik. kau ada problem, ada je orang nak tolong kau. aku suka environment camni. baru feeling 'what's gonna work? teamwork' camtu. yay.

My classmates!! or should i say, my siblings 

akhir kata, selamat hari raya.
doakan aku untuk UPS ni.
doakan aku dapat A semua subject.
hopefully raya korang tahun ni bermakna!

and kepada dak-dak matriks, takpe. kita raya tahun ni kurang sikit, tahun depan baru habis-habisan. setahun je pun, lemang semua tahun depan pun boleh buat lagi hehehe.

selamat hari raya, maaf zahir batin;
semoga kita semua dirahmati, amin.

:)

Lots of , Affat.

Home Home